Monday 26 May 2014

Rabitah

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi perintah Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan mendukung syariat Mu..."

Senyum. Dongak. Batang batang tubuh kaku mengukir senyum. Tak luntur.
Bacaan diteruskan. Sehingga ke akhir.

Ya Allah, berbeda. Sungguh. Jika dahulu tak pernah pun ada lintasan dalam hati ini bertegur, berkenalan, berkawan dengan sesiapa kerana ingin berpimpinan ke syurga Nya tapi kini semua langkah kerana Nya semata. Pergantungan segalanya pada Dia. Wah, ajaibnya. Kuasa Tuhan. Yang mentadbir sekalian alam. Termasuklah sekeping hati. Allahurabbi kuasa Nya siapa mampu tanding?

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Jika dahulu tujuannya hanya satu; berseronok. Tapi kini tujuannya; berpimpinan ke sorga. Allah. Manisnya ukhuwah. Paling manis, sentuhan tarbiah daripada Nya. Yang masih sudi menyentuh diriku ini. Alhamdulillah.