Bismillah wa sholatu wassalam 'ala Rasulillah.
Jika posting yang lalu, bertarikh 27 Julai 2014 adalah berkisahkan tentang kaifiat atau tatacara Solat Sunat Aidilfitri, jadi di posting ini pula kami berkongsi mengenai kaifiat atau tatacara Solat Sunat Aidiladha walaupun ia agak sama dari tatacaranya.
Akan tapi, Solat Sunat Aidiladha mempunyai peradabannya yang tersendiri. Jadi, wajarlah kaifiat di antara dua solat hari raya ini, diletakkan berlainan post.
Pengenalan Ringkas :
Solat
Sunat Hari Raya Aidiladha atau Solat Sunat Hari Raya Korban dikerjakan sebanyak dua rakaat dan hukumnya adalah sunat muakkad. Ia
dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Dan ia merupakan penghormatan dan kesyukuran
kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah.
Solat Sunat Aidil Adha (Hari Raya Korban) digalakkan diawalkan waktunya
bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan haiwan korban. Dan ibadat korban ini, berkait dengan sirah dan kisah Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail AS namun digantikan dengan seekor kibas.
A.
Cara Melaksanakan
Solat Aidil Adha
1.
Niat :
اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا /
مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja
aku solat sunat Aidil Adha, dua rakaat (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.
2.
Pada rakaat pertama:
a. Selepas mengucapkan lafaz takbiratul ihram dan membaca doa
Iftitah, bertakbirlah (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7X
dan diselangi bacaan Tasbih:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ
الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ
الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha
Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan
Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha
Tinggi lagi Maha Agung.
b.
Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan
surah al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Khafiruun.
c.
Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
2.
Rakaat kedua:
a.
Bangun dari sujud,
bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5X, diselangi lagi
tasbih seperti rakaat pertama.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ
الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ
الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha
Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan
Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha
Tinggi lagi Maha Agung.
b.
Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas.
c.
Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam kedua.
Khatib
membacakan dua Khutbah Hari Raya Korban selepas solat Aidiladha yang
mengandungi pengertian sambutan Aidiladha, pengajaran penyembelihan korban dan ibadat
Haji.
Khutbah
pertama didahului dengan 9 kali takbir ( اَلله ُ
اَكْبَرُ ) manakala pada permulaan khutbah ke-dua 7 kali takbir dan
pada kedua-dua takbir itu diikuti dengan bacaan:
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ
الْحَمْدُ
Tiada
Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala
kepujian.
Takbir
Suasana hari
Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir,
tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran
serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.
Takbir adalah slogan seluruh umat Islam. Umat Islam boleh
bersatu jika mereka benar-benar mengamalkan apa yang terkandung dalam takbir
ini. Mereka disatukan oleh kalimah tauhid. Dengan takbir (Allahuakbar), dapat
membina keagungan dan kehidupan. Slogan ‘Allahuakbar’. turut dapat
menakutkan musuh dan kaum Muslimin telah mencapai kemenangan dalam peperangan
Badar.
Ketika mula
menyembelih binatang atau berkorban disunat mengucapkan juga ‘Allahuakbar’.
Pada Hari
Raya Haji terutamanya disunatkan bertakbir setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh
pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada 13 Zulhijjah.
Takbir
Raya
اَللهُ
أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ
أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ - × 5/3
اَللهُ
أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ
إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ
وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ
وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ
إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ
Allah
Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada
waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami
tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun
dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia
membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia
sendiri menewaskan pakatan musuh.
Adab
Solat Sunat Hari Raya
1.
Pada Aidiladha, disunatkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai Solat
Aidil Adha.
2. Pada Hari
Raya Aidil Adha, boleh dikumandangkan takbir sejak Subuh hari Arafah (9
Dzul Hijjah ) hingga akhir hari Tasyriq ( 13 Dzulhijjah ).
3.
Makmum yang ‘masbuq’ harus menyempurnakan sendiri solatnya sesuai sifat
Solat Hari Raya itu. Iaitu bagi mereka yang terlambat tiba di tempat solat dan
mendapati jemaah sedang solat, ia jangan pulang pula, tetapi bergabunglah dan
ikutilah, kemudian tambahilah sebanyak rakaat yang tertinggal.
4.
Apabila mereka mendapati jemaah telah selesai solat, maka kerjakanlah Solat
Hari Raya Aidiladha sebanyak dua rakaat; jangan ragu, jangan malu dan
kerjakanlah hingga selesai. Bila selesai Solat Hari Raya Aidiladha,
duduklah dan dengarlah khutbah dengan khusyuk.
5.
Disunatkan mendengar khutbah dengan penuh minat dan jangan meninggalkan
lapangan masjid sebelum khatib turun dari mimbar, kecuali kerana hal-hal yang
sangat memaksa.
6.
Bagi kaum wanita yang dalam keadaan haid, mereka dianjurkan ikut ke
lapangan, ambil tempat di bagian pinggir, lalu mendengar khutbah Aidil Adha,
demi syiarnya Islam.
7.
Bila hari raya bertepatan dengan hari Jumaat, kewajipan solat Jumaat
gugur bagi yang telah Solat Hari Raya sehingga cukup mendirikan Solat Zuhur
sahaja.
8.
Adapun imam dan orang yang tidak Solat Hari Raya diharuskan solat Jumaat.
Salam Aidiladha 1435H dari Persatuan Belia Musleh. :)