Thursday, 2 October 2014

Solat Sunat Aidiladha



Bismillah wa sholatu wassalam 'ala Rasulillah.

Jika posting yang lalu, bertarikh 27 Julai 2014 adalah berkisahkan tentang kaifiat atau tatacara Solat Sunat Aidilfitri, jadi di posting ini pula kami berkongsi mengenai kaifiat atau tatacara Solat Sunat Aidiladha walaupun ia agak sama dari tatacaranya.

Akan tapi, Solat Sunat Aidiladha mempunyai peradabannya yang tersendiri. Jadi, wajarlah kaifiat di antara dua solat hari raya ini, diletakkan berlainan post.


Pengenalan Ringkas :



Solat Sunat Hari Raya Aidiladha atau Solat Sunat Hari Raya Korban dikerjakan sebanyak dua rakaat dan hukumnya adalah sunat muakkad. Ia dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Dan ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Solat Sunat Aidil Adha (Hari Raya Korban) digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan haiwan korban. Dan ibadat korban ini, berkait dengan sirah dan kisah Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail AS namun digantikan dengan seekor kibas.

A.      Cara Melaksanakan Solat Aidil Adha

1.       Niat :

اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidil Adha, dua rakaat (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.


2.  Pada rakaat pertama:
   a.  Selepas mengucapkan lafaz takbiratul ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7X dan diselangi bacaan Tasbih:


سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


b.    Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Khafiruun.

c.      Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.

2.       Rakaat kedua:

a.        Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama.

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


b.    Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas.

c.     Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam kedua.



Khutbah Aidiladha

Khatib membacakan dua Khutbah Hari Raya Korban selepas solat Aidiladha yang mengandungi pengertian sambutan Aidiladha, pengajaran penyembelihan korban dan ibadat Haji.
Khutbah pertama didahului dengan 9 kali takbir ( اَلله ُ اَكْبَرُ )  manakala pada permulaan khutbah ke-dua 7 kali takbir dan pada kedua-dua takbir itu diikuti dengan bacaan:

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.

Takbir

Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.
Takbir adalah slogan seluruh umat Islam. Umat Islam boleh bersatu jika mereka benar-benar mengamalkan apa yang terkandung dalam takbir ini. Mereka disatukan oleh kalimah tauhid. Dengan takbir (Allahuakbar), dapat membina keagungan dan kehidupan. Slogan ‘Allahuakbar’. turut dapat menakutkan musuh dan kaum Muslimin telah mencapai kemenangan dalam peperangan Badar.

Ketika mula menyembelih binatang atau berkorban disunat mengucapkan juga ‘Allahuakbar’.
Pada Hari Raya Haji terutamanya disunatkan bertakbir setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada 13 Zulhijjah.


Takbir Raya

اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ  -  × 5/3
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ   

Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.






Adab Solat Sunat Hari Raya

1.  Pada Aidiladha, disunatkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai Solat Aidil Adha.
2. Pada Hari Raya Aidil Adha, boleh dikumandangkan takbir  sejak Subuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari Tasyriq ( 13 Dzulhijjah ).
3.  Makmum yang ‘masbuq’ harus menyempurnakan sendiri solatnya sesuai sifat Solat Hari Raya itu. Iaitu bagi mereka yang terlambat tiba di tempat solat dan mendapati jemaah sedang solat, ia jangan pulang pula, tetapi bergabunglah dan ikutilah, kemudian tambahilah sebanyak rakaat yang tertinggal.
4.  Apabila mereka mendapati jemaah telah selesai solat, maka kerjakanlah Solat Hari Raya Aidiladha sebanyak dua rakaat; jangan ragu, jangan malu dan kerjakanlah hingga selesai.  Bila selesai Solat Hari Raya Aidiladha, duduklah dan dengarlah khutbah dengan khusyuk.
5. Disunatkan mendengar khutbah dengan penuh minat dan jangan meninggalkan lapangan masjid sebelum khatib turun dari mimbar, kecuali kerana hal-hal yang sangat memaksa.
6.  Bagi kaum wanita yang dalam keadaan haid, mereka dianjurkan ikut ke lapangan, ambil tempat di bagian pinggir, lalu mendengar khutbah Aidil Adha, demi syiarnya Islam.
7.   Bila hari raya bertepatan dengan hari Jumaat, kewajipan solat Jumaat gugur bagi yang telah Solat Hari Raya sehingga cukup mendirikan Solat Zuhur sahaja.
8.  Adapun imam dan orang yang tidak Solat Hari Raya diharuskan solat Jumaat.


Salam Aidiladha 1435H dari Persatuan Belia Musleh. :)

Sunday, 27 July 2014

Solat Sunat Aidilfitri

Syawal 1435H


Alhamdulillah .. thumma Alhamdulillah .. thumma Alhamdulillah

Selesai sudah puasa Ramadhan kita pada tahun ini (1435H). Akan tapi, wajar kita menangisi pemergian Ramadhan disebalik keriangan nak menyambut kedatangan Aidilfitri.

Entah jumpa .. entah tidak dengan Ramadhan yang dihadapan. Mendoakan, Ramadhan yang baru sahaja kita lalui itu, bukanlah Ramadhan yang terakhir kita ketemu. InsyaAllah.

Dengan kedatangan Aidilfitri, antara perkara sunat adalah solat sunat Aidilfitri itu sendiri. Dan disini, Musleh nak memberi sedikit 'refreshment' tentang bagaimana tatacara untuk bersolat.

Pengenalan

Solat sunat hari raya Aidilfitri merupakan sebagai tanda kesyukuran kita selepas menjalani ibadah puasa selama sebulan. Ia juga merupakan sebagai tanda bersyukur selepas diberi nikmat mengerjakan amalan-amalan sunat yang dilipat-gandakan ganjarannya khusus di bulan Ramadhan sahaja.

Kaedahnya, umat Islam akan berkumpul di suatu tempat seperti masjid, surau atau tempat yang sesuai dan dimulakan dengan bertakbir kepada Allah. Lafaz takbirnya :


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ


Tatacara Solat

1. 

2. Bacaan surah selepas surah al-Fatihah
Rakaat pertama : Surah al-Qaf atau Surah al-A'la ;
Selesai doa iftitah, jemaah bertakbir (الله اكبر) sebanyak 7 kali dan berselangan dengan tasbih :


Selesai bertakbir 7 kali, jemaah membaca surah pilihan.

Rakaat kedua : Surah al-Qamar atau Surah al-Ghasyiah
Selesai bangun dari rakaat pertama, jemaah bertakbir (Allahu akbar/الله اكبر) sebanyak 5 kali diselangi seperti tasbih di atas dan seterusnya membaca surah pilihan.

* Solat sunat hari raya ini, seperti solat biasa dan rukunnya masih sama. Perbezaan adalah pada bilangan takbir di rakaat pertama dan rakaat kedua sahaja.

Untuk menghayati lafaz takbir, klik : http://www.youtube.com/watch?v=zSO52CFu7wI

Selamat beramal ~

Pihak Musleh mengucapkan Salam Aidilfitri Minal A'din wal Faizin kepada semua umat Islam.

Taqabbalallahu minna wa minkum.

"Baiki Diri dan Seru Orang Lain"

-Admin Musleh

Sunday, 20 July 2014

Di Ufuk Senja Ramadhan 1435H

(Gambar Hiasan - Masjid Besar Kuwait)


Bismillah wal Hamdulillah ..

Kita sudah membuka pintu penghujungan bagi bulan Ramadhan al-Mubarak.
Ini bererti, sudah dua fasa kita laluinya dan berbaki lagi satu fasa dalam bulan Ramadhan.

Fasa pertama, pintu rahmat buat manusia khususnya Muslim dibentang seluasnya.
Fasa kedua, pintu pengampunan pula dihamparkan buat Muslim seluasnya.

dan

kini kita berada di fasa ketiga iaitu, fasa penjauhan daripada api neraka (itqun minan nar).

Di dalam fasa ketiga inilah, ada hadith yang diriwayatkan daripada Ummul Mukminin (Ibu Untuk Orang-Orang Beriman) Sayyidatina 'Aisyah radiyallahu 'anha :

"Bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W apabila telah masuk sepuluh hari terakhir (di bulan Ramadhan) baginda bangun dan solat sepanjang malam dan membangunkan keluarga serta tidak mencampuri isterinya.
-Riwayat Bukhari & Muslim

Perlu kepada kita untuk memotivasikan diri dengan suasana dan situasi kita sekarang yang semakin lama semakin susut amalan dan ibadah pabila Ramadhan berada di penghujungnya. Sabdaan daripada Sayyidatina 'Aisyah lagi : "Adalah Nabi Muhammad S.A.W bersemangat memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir berbeza dengan sepuluhnya

Dan antara petunjuk yang Ramadhan itu sudah di penghujungnya adalah :
1- Bilangan jemaah yang berterawih semakin berkurangan
2- Dendangan lagu raya melebihi ceramah/zikir/qasidah dan segala yang berkaitan dengan agama

Semoga, kitalah yang mewarisi untuk membangkitkan semangat ummat untuk terus berjuang sehingga akhir Ramadhan.

InsyaAllahu ta'ala.

Ramadhan Kareem dari Persatuan Belia Musleh. :)

*PRAY4SYRIA
*PRAY4GAZA
*PRAY4EGYPT
*PRAY4UMMAH

Sunday, 13 July 2014

Kem Smart Taujihad Ramadhan (STAR) 2014



Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah ..

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya,  Persatuan Belia Musleh dapat menjayakan program Smart Taujihad Ramadhan (STAR) di Sek. Keb. Chuping, Perlis pada 11 dan 12 Julai 2014 yang lalu (Jumaat dan Sabtu).

Program yang berlangsung selama dua hari ini, dapat menyingkap sedikit sebanyak berkenaan bulan Ramadhan al-Mubarak.

Sesi LDK


Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada Persatuan Belia Musleh untuk turun membantu adik-adik peserta dalam memberi kefahaman berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak.

Cenderahati Musleh kepada pihak sekolah

Moga dengan modul khas Ramadhan yang dibawakan oleh pihak Musleh, adik-adik boleh mengislahkan semangat mereka kepada lebih baik dalam menjalani ibadah puasa. InsyaAllah.

Mohon doa, sokongan dan dokongan daripada semua pihak kepada Persatuan Belia Musleh dalam menjayakan sebarang program untuk ummah dan khususnya kepada belia. InsyaAllahu ta'ala.

Jazakumullahu khairal jaza'.

-Admin Musleh

Tuesday, 8 July 2014

Penyambungan Perjuangan

InsyaAllah, pihak Persatuan Belia Musleh akan mengadakan satu program Smart Taujihad Ramadhan (STAR) yang mana ia lebih mengkhususkan modulnya kepada kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak.

Tarikh 11 & 12 Julai 2014 menjadi hari perjuangan team Musleh untuk turun ke bertandang ke SK Chuping, Perlis.




Program ini juga merupakan lanjutan kepada program Excellent Islamic Aulad (EXIA) yang pernah dilakukan pada 21-23 Jun 2013 yang lalu di sekolah tersebut.


Saf Fasilitator Muslimin EXIA 2013
Kem Excellent Islamic Aulad atau EXIA adalah salah satu bentuk cabang modul yang diusahakan oleh pihak Musleh. Bentuk program EXIA adalah lebih cenderung kepada penyentuhan ibadat wudhuk dan solat.

Moga Allah merahmati dan memberkati sedikit usaha kami ini, insyaAllah.


"BAIKI DIRI DAN SERU ORANG LAIN"


-Admin Musleh

Monday, 26 May 2014

Rabitah

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi perintah Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan mendukung syariat Mu..."

Senyum. Dongak. Batang batang tubuh kaku mengukir senyum. Tak luntur.
Bacaan diteruskan. Sehingga ke akhir.

Ya Allah, berbeda. Sungguh. Jika dahulu tak pernah pun ada lintasan dalam hati ini bertegur, berkenalan, berkawan dengan sesiapa kerana ingin berpimpinan ke syurga Nya tapi kini semua langkah kerana Nya semata. Pergantungan segalanya pada Dia. Wah, ajaibnya. Kuasa Tuhan. Yang mentadbir sekalian alam. Termasuklah sekeping hati. Allahurabbi kuasa Nya siapa mampu tanding?

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Jika dahulu tujuannya hanya satu; berseronok. Tapi kini tujuannya; berpimpinan ke sorga. Allah. Manisnya ukhuwah. Paling manis, sentuhan tarbiah daripada Nya. Yang masih sudi menyentuh diriku ini. Alhamdulillah.

Tuesday, 4 March 2014

Sijil Perakuan Pendaftaran


Sijil Perakuan


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana apa yang dinantikan oleh pihak Musleh sudah pun 'jelma'.

InshaAllah, pihak kami sedang merancang program pertama untuk Musleh.

Untuk mengenali tentang persatuan ini, anda boleh ke link ini :
http://beliamusleh.blogspot.com/2014/02/kata-awal-persatuan-belia-musleh.html

Dan ada juga kami membuat penyambungan pengenalan mengenai Musleh, di link ini :
http://beliamusleh.blogspot.com/2014/02/taaruf-musleh-siri-ii.html

Sebarang pertanyaan atau cadangan, anda boleh ke facebook kami iaitu,
https://www.facebook.com/musleh01

atau E-mail kan kepada kami,
beliamusleh@gmail.com

Sokongan daripada pihak anda, amat kami hargai dan alu-alukan.

"Baiki Diri dan Seru Orang Lain"

AdminFH