Friday 21 February 2014

Ta'aruf Musleh Siri II

InsyaAllah, di posting ini pihak kami akan menerangkan dengan lebih mendalam lagi berkenaan Persatuan Belia Musleh.

Ta'aruf :

Musleh adalah sebuah perkataan Arab di atas wazan ' Muf'il ' dalam ilmu Bahasa Arab, seperti perkataan 'Mukmin' atau 'Muzlim'. Maksud Musleh jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, adalah 'diperbaikkan'. Jadi, ia bersesuaian namanya dengan objektif umum organisasi ini yang bergerak demi memperbaiki masyarakat supaya lebih mengenali dan memperturuti perundangan Islam. InsyaAllah.

Pada dasarnya, Persatuan Belia Musleh atau singkatannya 'Musleh', dicetuskan oleh empat orang bekas pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau, Arau Perlis. Namun demikian, keterlibatan ahli-ahli Musleh ini bukanlah hak mutlak untuk pelajar-pelajar dari SMK Agama Arau sahaja, bahkan akan diperluaskan lagi keahliannya. InsyaAllah.

Di antara penggerak terawal dalam penghasilan Musleh ialah :
1- Huzaifi Hazir (Mahasiswa Universiti Yarmouk, Jordan)
2- Amirul Amin (Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa, PJ)
3- Abdul Muhaimin (Mahasiswa Universiti Islam Madinah)
4- Wan Ahmad Zuhairi (STAM 2013)

Dengan izin-Nya, pihak Musleh berjaya mencari beberapa orang pembantu dalam menjadikan persatuan ini supaya lebih ke hadapan dalam institusi dakwah.

Program utama yang akan digiatkan oleh Musleh adalah berbentuk usrah moden, kem ibadat dan aktiviti kemasyarakatan. Tidak lupa, program-program seperti seminar/kursus akan cuba dilaksanakan Musleh, demi menggerakkan ummah supaya lebih ke hadapan bahkan ia dapat membuka kaedah dakwah terbaru kepada Musleh sendiri.

Objektif dan Matlamat :

1- Membina masyarakat terutamanya golongan belia supaya memahami Islam secara syumul yakni menyeluruh.
2- Membentuk masyarakat terutamanya golongan belia yang proaktif dalam menyumbangkan tenaga dalam perkara-perkara kebajikan.
3- Melahirkan masyarakat terutamanya golongan belia yang dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam kalangan belia.
4- Membentuk masyarakat supaya hidup dalam suasana bi'ah solehah dan dakwah Islamiyah.

Bertepatan dengan motto Musleh iaitu "Baiki Diri dan Seru Orang Lain", pihak Musleh juga akan menggilap ahli-ahlinya untuk lebih cekap dan berkeyakinan dalam meningkatkan usaha melebarkan dakwah Islamiyah. Ia juga bagi menjaminkan ahli-ahli Musleh sentiasa dalam mode 'On' dalam institusi dakwah.

Akhir ta'aruf, pihak Musleh berharap masyarakat dapat memberi sokongan yang penuh kepada organisasi ini supaya ia lebih maju ke hadapan dalam menyebarkan dakwah Islam. Sokongan dan harapan mulia masyarakat kepada kami, amat kami hargai dan sanjungi.

Sekian,.

-AdminMusleh-

No comments:

Post a Comment