"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi perintah Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan mendukung syariat Mu..."
Senyum. Dongak. Batang batang tubuh kaku mengukir senyum. Tak luntur.
Bacaan diteruskan. Sehingga ke akhir.
Ya Allah, berbeda. Sungguh. Jika dahulu tak pernah pun ada lintasan dalam hati ini bertegur, berkenalan, berkawan dengan sesiapa kerana ingin berpimpinan ke syurga Nya tapi kini semua langkah kerana Nya semata. Pergantungan segalanya pada Dia. Wah, ajaibnya. Kuasa Tuhan. Yang mentadbir sekalian alam. Termasuklah sekeping hati. Allahurabbi kuasa Nya siapa mampu tanding?
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Jika dahulu tujuannya hanya satu; berseronok. Tapi kini tujuannya; berpimpinan ke sorga. Allah. Manisnya ukhuwah. Paling manis, sentuhan tarbiah daripada Nya. Yang masih sudi menyentuh diriku ini. Alhamdulillah.
“Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan” -Imam Hassan al-Basri
Monday, 26 May 2014
Tuesday, 4 March 2014
Sijil Perakuan Pendaftaran
![]() |
| Sijil Perakuan |
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana apa yang dinantikan oleh pihak Musleh sudah pun 'jelma'.
InshaAllah, pihak kami sedang merancang program pertama untuk Musleh.
Untuk mengenali tentang persatuan ini, anda boleh ke link ini :
http://beliamusleh.blogspot.com/2014/02/kata-awal-persatuan-belia-musleh.html
Dan ada juga kami membuat penyambungan pengenalan mengenai Musleh, di link ini :
http://beliamusleh.blogspot.com/2014/02/taaruf-musleh-siri-ii.html
Sebarang pertanyaan atau cadangan, anda boleh ke facebook kami iaitu,
https://www.facebook.com/musleh01
atau E-mail kan kepada kami,
beliamusleh@gmail.com
Sokongan daripada pihak anda, amat kami hargai dan alu-alukan.
"Baiki Diri dan Seru Orang Lain"
AdminFH
Saturday, 22 February 2014
Penyakit Dusta
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”
(Al Israa’: 36)
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad yang baik:
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad yang baik:
"Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa."
Di dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim pula, Rasulullah bersabda:
"Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."
Di dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim pula, Rasulullah bersabda:
"Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."
Dusta merupakan antara ciri-ciri yang ada pada orang munafiq. Dusta atau lebih famous-nya, berbohong adalah dilarang sama sekali di dalam Islam kecuali kepada hal-hal yang dibenarkan seperti berada dalam keadaan yang genting atau darurat.
Indahnya Islam sehinggakan perkara-perkara seperti ini dipandang amat serius di dalam perundangan Islam. Ini menunjukkan Islam merupakan agama yang sempurna.
AdminMusleh
FH
Friday, 21 February 2014
Ta'aruf Musleh Siri II
InsyaAllah, di posting ini pihak kami akan menerangkan dengan lebih mendalam lagi berkenaan Persatuan Belia Musleh.
Ta'aruf :
Ta'aruf :
Musleh adalah sebuah perkataan Arab di atas wazan ' Muf'il ' dalam ilmu Bahasa Arab, seperti perkataan 'Mukmin' atau 'Muzlim'. Maksud Musleh jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, adalah 'diperbaikkan'. Jadi, ia bersesuaian namanya dengan objektif umum organisasi ini yang bergerak demi memperbaiki masyarakat supaya lebih mengenali dan memperturuti perundangan Islam. InsyaAllah.
Pada dasarnya, Persatuan Belia Musleh atau singkatannya 'Musleh', dicetuskan oleh empat orang bekas pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau, Arau Perlis. Namun demikian, keterlibatan ahli-ahli Musleh ini bukanlah hak mutlak untuk pelajar-pelajar dari SMK Agama Arau sahaja, bahkan akan diperluaskan lagi keahliannya. InsyaAllah.
Di antara penggerak terawal dalam penghasilan Musleh ialah :
1- Huzaifi Hazir (Mahasiswa Universiti Yarmouk, Jordan)
2- Amirul Amin (Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa, PJ)
3- Abdul Muhaimin (Mahasiswa Universiti Islam Madinah)
4- Wan Ahmad Zuhairi (STAM 2013)
Dengan izin-Nya, pihak Musleh berjaya mencari beberapa orang pembantu dalam menjadikan persatuan ini supaya lebih ke hadapan dalam institusi dakwah.
Program utama yang akan digiatkan oleh Musleh adalah berbentuk usrah moden, kem ibadat dan aktiviti kemasyarakatan. Tidak lupa, program-program seperti seminar/kursus akan cuba dilaksanakan Musleh, demi menggerakkan ummah supaya lebih ke hadapan bahkan ia dapat membuka kaedah dakwah terbaru kepada Musleh sendiri.
Objektif dan Matlamat :
1- Membina masyarakat terutamanya golongan belia supaya memahami Islam secara syumul yakni menyeluruh.
2- Membentuk masyarakat terutamanya golongan belia yang proaktif dalam menyumbangkan tenaga dalam perkara-perkara kebajikan.
3- Melahirkan masyarakat terutamanya golongan belia yang dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam kalangan belia.
4- Membentuk masyarakat supaya hidup dalam suasana bi'ah solehah dan dakwah Islamiyah.
Bertepatan dengan motto Musleh iaitu "Baiki Diri dan Seru Orang Lain", pihak Musleh juga akan menggilap ahli-ahlinya untuk lebih cekap dan berkeyakinan dalam meningkatkan usaha melebarkan dakwah Islamiyah. Ia juga bagi menjaminkan ahli-ahli Musleh sentiasa dalam mode 'On' dalam institusi dakwah.
Akhir ta'aruf, pihak Musleh berharap masyarakat dapat memberi sokongan yang penuh kepada organisasi ini supaya ia lebih maju ke hadapan dalam menyebarkan dakwah Islam. Sokongan dan harapan mulia masyarakat kepada kami, amat kami hargai dan sanjungi.
Sekian,.
-AdminMusleh-

Saturday, 15 February 2014
Ta'aruf Musleh Siri I
Pengenalan.
Bismillah.
Seawal dengan nama Allah yang Menciptakan.
Mengorak langkah.
Mengenal Allah.
Manyatu ukhuwwah yang tiangnya deen Ilaah.
Maka tertubuhlah Persatuan Belia Musleh yang insha allah bukan sekadar menggerak penyaksian kebenaran. Bahkan. Matlamat kami untuk merubah cara fikir masyarakat ke arah membentuk keadaan negara yang Allah rakamkan di dalam al-Quran.
"Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur"
--Negara yang baik dan warganya mendapat keampunan Allah Azza Wajalla.
Halatuju Penubuhan
Hasil daripada perbincangan beberapa anak muda merentas beberapa negara rentetan ada di antara mereka yang sedang menyambung pengajian dalam bermacam bidang di Jordan, Madinah, Beijing dan Malaysia. Akhirnya, persatuan yang mendapat pengisytiharan dan pengesahan daripada Kementerian Belia dan Sukan ini berjaya ditubuhkan.
Bertujuan untuk merubah diri dan masyarakat kepada yang terbaik dan mendapat keredhaan Allah, Persatuan Belia Musleh menyemai tekad, menguat semangat menjadikan pesatuan ini sebagai medium dan platform untuk tujuan ini. Ditambah dengan keperluan-keperluan masyarakat yang sangat dahagakan platform ke arah membentuk kehidupan yang lebih baik dan mengenal Tuhan.
Berteraskan kepada konsep 10 Ciri Peribadi Muslim yang telah digariskan oleh Imam Hassan al-Banna.
Dari situ segala gerak kerja dan pelan akan dirangka, semuanya untuk memenuhi tuntutan kesempurnaan dan keseimbangan seorang individu muslim.
![]() |
| 10 Ciri Peribadi Muslim |
Mensasarkan masyarakat keseluruhannya tanpa mengira batas umur dan agama ke arah pembaikan masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang berakhlak dan berbudi. Namun demikian, Persatuan Belia Musleh meletakkan fokus kepada golongan belia. Hal ini bersangkutan dengan fenomena belia hari ini yang sangat tenat dengan lambakan budaya hedonisme dan sebagainya.
Harapan Penubuhan
Secara ringkasnya. Team perintis Persatuan Belia Musleh meletakkan harapan dengan menjadikan motto 'Islah Nafsuk Wad'u Ghoiruk' -- BAIKI DIRI DAN SERU ORANG LAIN sebagai harapan, garis panduan dalam melaksanakan kebajikan dan obor perjuangan ini. Jika Imam Hassan al-Banna dengan gerakannya hampir berjaya merubah dunia Islam dengan Ikhwanul Muslimin mereka. Apa yang kami team Persatuan Belia Musleh ini harapkan, tidaklah lain untuk menegakkan Islam dan nilai-nilainya di atas keruntuhan jahiliyah.
Moga Allah redha.
Sekian.
Exco Dakwah.
Persatuan Belia Musleh
16 Februari 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)