Sunday, 20 July 2014

Di Ufuk Senja Ramadhan 1435H

(Gambar Hiasan - Masjid Besar Kuwait)


Bismillah wal Hamdulillah ..

Kita sudah membuka pintu penghujungan bagi bulan Ramadhan al-Mubarak.
Ini bererti, sudah dua fasa kita laluinya dan berbaki lagi satu fasa dalam bulan Ramadhan.

Fasa pertama, pintu rahmat buat manusia khususnya Muslim dibentang seluasnya.
Fasa kedua, pintu pengampunan pula dihamparkan buat Muslim seluasnya.

dan

kini kita berada di fasa ketiga iaitu, fasa penjauhan daripada api neraka (itqun minan nar).

Di dalam fasa ketiga inilah, ada hadith yang diriwayatkan daripada Ummul Mukminin (Ibu Untuk Orang-Orang Beriman) Sayyidatina 'Aisyah radiyallahu 'anha :

"Bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W apabila telah masuk sepuluh hari terakhir (di bulan Ramadhan) baginda bangun dan solat sepanjang malam dan membangunkan keluarga serta tidak mencampuri isterinya.
-Riwayat Bukhari & Muslim

Perlu kepada kita untuk memotivasikan diri dengan suasana dan situasi kita sekarang yang semakin lama semakin susut amalan dan ibadah pabila Ramadhan berada di penghujungnya. Sabdaan daripada Sayyidatina 'Aisyah lagi : "Adalah Nabi Muhammad S.A.W bersemangat memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir berbeza dengan sepuluhnya

Dan antara petunjuk yang Ramadhan itu sudah di penghujungnya adalah :
1- Bilangan jemaah yang berterawih semakin berkurangan
2- Dendangan lagu raya melebihi ceramah/zikir/qasidah dan segala yang berkaitan dengan agama

Semoga, kitalah yang mewarisi untuk membangkitkan semangat ummat untuk terus berjuang sehingga akhir Ramadhan.

InsyaAllahu ta'ala.

Ramadhan Kareem dari Persatuan Belia Musleh. :)

*PRAY4SYRIA
*PRAY4GAZA
*PRAY4EGYPT
*PRAY4UMMAH

Sunday, 13 July 2014

Kem Smart Taujihad Ramadhan (STAR) 2014



Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah ..

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya,  Persatuan Belia Musleh dapat menjayakan program Smart Taujihad Ramadhan (STAR) di Sek. Keb. Chuping, Perlis pada 11 dan 12 Julai 2014 yang lalu (Jumaat dan Sabtu).

Program yang berlangsung selama dua hari ini, dapat menyingkap sedikit sebanyak berkenaan bulan Ramadhan al-Mubarak.

Sesi LDK


Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada Persatuan Belia Musleh untuk turun membantu adik-adik peserta dalam memberi kefahaman berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak.

Cenderahati Musleh kepada pihak sekolah

Moga dengan modul khas Ramadhan yang dibawakan oleh pihak Musleh, adik-adik boleh mengislahkan semangat mereka kepada lebih baik dalam menjalani ibadah puasa. InsyaAllah.

Mohon doa, sokongan dan dokongan daripada semua pihak kepada Persatuan Belia Musleh dalam menjayakan sebarang program untuk ummah dan khususnya kepada belia. InsyaAllahu ta'ala.

Jazakumullahu khairal jaza'.

-Admin Musleh

Tuesday, 8 July 2014

Penyambungan Perjuangan

InsyaAllah, pihak Persatuan Belia Musleh akan mengadakan satu program Smart Taujihad Ramadhan (STAR) yang mana ia lebih mengkhususkan modulnya kepada kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak.

Tarikh 11 & 12 Julai 2014 menjadi hari perjuangan team Musleh untuk turun ke bertandang ke SK Chuping, Perlis.




Program ini juga merupakan lanjutan kepada program Excellent Islamic Aulad (EXIA) yang pernah dilakukan pada 21-23 Jun 2013 yang lalu di sekolah tersebut.


Saf Fasilitator Muslimin EXIA 2013
Kem Excellent Islamic Aulad atau EXIA adalah salah satu bentuk cabang modul yang diusahakan oleh pihak Musleh. Bentuk program EXIA adalah lebih cenderung kepada penyentuhan ibadat wudhuk dan solat.

Moga Allah merahmati dan memberkati sedikit usaha kami ini, insyaAllah.


"BAIKI DIRI DAN SERU ORANG LAIN"


-Admin Musleh

Monday, 26 May 2014

Rabitah

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi perintah Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan mendukung syariat Mu..."

Senyum. Dongak. Batang batang tubuh kaku mengukir senyum. Tak luntur.
Bacaan diteruskan. Sehingga ke akhir.

Ya Allah, berbeda. Sungguh. Jika dahulu tak pernah pun ada lintasan dalam hati ini bertegur, berkenalan, berkawan dengan sesiapa kerana ingin berpimpinan ke syurga Nya tapi kini semua langkah kerana Nya semata. Pergantungan segalanya pada Dia. Wah, ajaibnya. Kuasa Tuhan. Yang mentadbir sekalian alam. Termasuklah sekeping hati. Allahurabbi kuasa Nya siapa mampu tanding?

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Jika dahulu tujuannya hanya satu; berseronok. Tapi kini tujuannya; berpimpinan ke sorga. Allah. Manisnya ukhuwah. Paling manis, sentuhan tarbiah daripada Nya. Yang masih sudi menyentuh diriku ini. Alhamdulillah.

Tuesday, 4 March 2014

Sijil Perakuan Pendaftaran


Sijil Perakuan


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana apa yang dinantikan oleh pihak Musleh sudah pun 'jelma'.

InshaAllah, pihak kami sedang merancang program pertama untuk Musleh.

Untuk mengenali tentang persatuan ini, anda boleh ke link ini :
http://beliamusleh.blogspot.com/2014/02/kata-awal-persatuan-belia-musleh.html

Dan ada juga kami membuat penyambungan pengenalan mengenai Musleh, di link ini :
http://beliamusleh.blogspot.com/2014/02/taaruf-musleh-siri-ii.html

Sebarang pertanyaan atau cadangan, anda boleh ke facebook kami iaitu,
https://www.facebook.com/musleh01

atau E-mail kan kepada kami,
beliamusleh@gmail.com

Sokongan daripada pihak anda, amat kami hargai dan alu-alukan.

"Baiki Diri dan Seru Orang Lain"

AdminFH

Saturday, 22 February 2014

Penyakit Dusta



وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”

(Al Israa’: 36)


Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad yang baik:
"Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa."


Di dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim pula, Rasulullah bersabda:
"Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."

Dusta merupakan antara ciri-ciri yang ada pada orang munafiq. Dusta atau lebih famous-nya, berbohong adalah dilarang sama sekali di dalam Islam kecuali kepada hal-hal yang dibenarkan seperti berada dalam keadaan yang genting atau darurat.

Indahnya Islam sehinggakan perkara-perkara seperti ini dipandang amat serius di dalam perundangan Islam. Ini menunjukkan Islam merupakan agama yang sempurna.

AdminMusleh
FH

Friday, 21 February 2014

Ta'aruf Musleh Siri II

InsyaAllah, di posting ini pihak kami akan menerangkan dengan lebih mendalam lagi berkenaan Persatuan Belia Musleh.

Ta'aruf :

Musleh adalah sebuah perkataan Arab di atas wazan ' Muf'il ' dalam ilmu Bahasa Arab, seperti perkataan 'Mukmin' atau 'Muzlim'. Maksud Musleh jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, adalah 'diperbaikkan'. Jadi, ia bersesuaian namanya dengan objektif umum organisasi ini yang bergerak demi memperbaiki masyarakat supaya lebih mengenali dan memperturuti perundangan Islam. InsyaAllah.

Pada dasarnya, Persatuan Belia Musleh atau singkatannya 'Musleh', dicetuskan oleh empat orang bekas pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau, Arau Perlis. Namun demikian, keterlibatan ahli-ahli Musleh ini bukanlah hak mutlak untuk pelajar-pelajar dari SMK Agama Arau sahaja, bahkan akan diperluaskan lagi keahliannya. InsyaAllah.

Di antara penggerak terawal dalam penghasilan Musleh ialah :
1- Huzaifi Hazir (Mahasiswa Universiti Yarmouk, Jordan)
2- Amirul Amin (Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa, PJ)
3- Abdul Muhaimin (Mahasiswa Universiti Islam Madinah)
4- Wan Ahmad Zuhairi (STAM 2013)

Dengan izin-Nya, pihak Musleh berjaya mencari beberapa orang pembantu dalam menjadikan persatuan ini supaya lebih ke hadapan dalam institusi dakwah.

Program utama yang akan digiatkan oleh Musleh adalah berbentuk usrah moden, kem ibadat dan aktiviti kemasyarakatan. Tidak lupa, program-program seperti seminar/kursus akan cuba dilaksanakan Musleh, demi menggerakkan ummah supaya lebih ke hadapan bahkan ia dapat membuka kaedah dakwah terbaru kepada Musleh sendiri.

Objektif dan Matlamat :

1- Membina masyarakat terutamanya golongan belia supaya memahami Islam secara syumul yakni menyeluruh.
2- Membentuk masyarakat terutamanya golongan belia yang proaktif dalam menyumbangkan tenaga dalam perkara-perkara kebajikan.
3- Melahirkan masyarakat terutamanya golongan belia yang dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam kalangan belia.
4- Membentuk masyarakat supaya hidup dalam suasana bi'ah solehah dan dakwah Islamiyah.

Bertepatan dengan motto Musleh iaitu "Baiki Diri dan Seru Orang Lain", pihak Musleh juga akan menggilap ahli-ahlinya untuk lebih cekap dan berkeyakinan dalam meningkatkan usaha melebarkan dakwah Islamiyah. Ia juga bagi menjaminkan ahli-ahli Musleh sentiasa dalam mode 'On' dalam institusi dakwah.

Akhir ta'aruf, pihak Musleh berharap masyarakat dapat memberi sokongan yang penuh kepada organisasi ini supaya ia lebih maju ke hadapan dalam menyebarkan dakwah Islam. Sokongan dan harapan mulia masyarakat kepada kami, amat kami hargai dan sanjungi.

Sekian,.

-AdminMusleh-