Sunday 20 July 2014

Di Ufuk Senja Ramadhan 1435H

(Gambar Hiasan - Masjid Besar Kuwait)


Bismillah wal Hamdulillah ..

Kita sudah membuka pintu penghujungan bagi bulan Ramadhan al-Mubarak.
Ini bererti, sudah dua fasa kita laluinya dan berbaki lagi satu fasa dalam bulan Ramadhan.

Fasa pertama, pintu rahmat buat manusia khususnya Muslim dibentang seluasnya.
Fasa kedua, pintu pengampunan pula dihamparkan buat Muslim seluasnya.

dan

kini kita berada di fasa ketiga iaitu, fasa penjauhan daripada api neraka (itqun minan nar).

Di dalam fasa ketiga inilah, ada hadith yang diriwayatkan daripada Ummul Mukminin (Ibu Untuk Orang-Orang Beriman) Sayyidatina 'Aisyah radiyallahu 'anha :

"Bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W apabila telah masuk sepuluh hari terakhir (di bulan Ramadhan) baginda bangun dan solat sepanjang malam dan membangunkan keluarga serta tidak mencampuri isterinya.
-Riwayat Bukhari & Muslim

Perlu kepada kita untuk memotivasikan diri dengan suasana dan situasi kita sekarang yang semakin lama semakin susut amalan dan ibadah pabila Ramadhan berada di penghujungnya. Sabdaan daripada Sayyidatina 'Aisyah lagi : "Adalah Nabi Muhammad S.A.W bersemangat memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir berbeza dengan sepuluhnya

Dan antara petunjuk yang Ramadhan itu sudah di penghujungnya adalah :
1- Bilangan jemaah yang berterawih semakin berkurangan
2- Dendangan lagu raya melebihi ceramah/zikir/qasidah dan segala yang berkaitan dengan agama

Semoga, kitalah yang mewarisi untuk membangkitkan semangat ummat untuk terus berjuang sehingga akhir Ramadhan.

InsyaAllahu ta'ala.

Ramadhan Kareem dari Persatuan Belia Musleh. :)

*PRAY4SYRIA
*PRAY4GAZA
*PRAY4EGYPT
*PRAY4UMMAH

No comments:

Post a Comment